Saturday, November 15, 2008

Penyembuhan Ajaib


Post kali ni aku nak ceritera tentang satu teknik penyembuhan yang ajaib yang aku tengah belajor dan amalkan.. Kat luar negara ramai yang dah tahu tentang teknik penyembuhan ajaib ni tapi di Malaysia kurang sangat yang tahu apatah lagi yang mengamalkannya. Kalau cam aku duduk kat Perak ni lagi la susah nak cari orang yang mengamalkan penyembuhan ajaib nie. Penyembuhan ajaib yang aku maksudkan ni ialah REIKI. REIKI ni merupakan satu seni penyembuhan melalui tapak tangan. Ianya berasal dari jepun kini semakin merebak di seluruh dunia. Di Malaysia pulak dah makin ramai yang menawarkan kursus reiki nie sama ada secara murahan atau secara mahalan.


REIKI ni berasal dari bahasa JEPANG iaitu rei=alam semester dan ki = tenaga so ini bermakna seseorang pengamal REIKI ni akan mengalirkan tenaga alam semesta dan mengeluarkan tenaga tersebut melalui tapak tangannya. Tenaga yang di alirkan merupakan tenaga penyembuhan. Ia dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit (insyaallah) serta mendatangkan ketenangan kepada yang menerima serta yang mengamalkannya.


Kalau nak kupas pasal reiki ni memang panjang and aku sekarang pun dah ngantuk sangat so aku akan ceritera serba sedikit tentang reiki ni kat post aku pada masa hadapan. So kalau korang nak tau lebih lanjut pasal REIKI nie korang bley pergi google dan taip "reiki", berkepuk2 maklumat pasal reiki ni.

Okey la sekian sahaja nukilan aku pada malam yang hening nie.

Assalamualaikum

Wednesday, November 12, 2008

Nak Chantek? Sonang ajo jang


Nak chantek? semua orang nak chantek tak kira la laki ke perempuan ke mesti semua nak chantek. So dah jadi sifat manusia kita semua nak chantek tapi chantek yang bagaimana kan.
Baru-baru ni aku ada terrrrbaca satu majalah pompuan iaitu dot dot dot. So dalam majalah tuh ada cerita serba sedikit tentang petua camne nak jadi chantek dan berseri- seri.
Salah satu petuanya adalah mandi bunga. Kalo sebut mandi bunga ni sesetengah orang mesti seriau. Ye la bagi sesetengah orang mandi bunga ni syirik. Kalo nak syirik makan panadol pun syirik kalo kita fikir panadol yang sembuhkan kita walhal ALLAH yang sembuh kan kita.

Sebenarnya telah dibuktikan secara saintifik bagaimana mandi bunga itu dapat menchantekkan seseorang seterusnya meningkatkan lagi seri pada diri seseorang itu. Ianya berkait rapat dengan aura kita. Mandi bunga ni boleh dikira sebagai terapi warna gak ar. So dalam post taun depan aku akan ceritera serba sedikit tentang mandi bunga nie. Hehehehe

Mandi bunga ni cam susah sket so ada cara lain lagi kalo hangpa nak chantek so kat sini ada beberapa tips yang aku nak kongsi serba sedikit :
  • Untuk melembapkan wajah kita boleh guna daun pudina, ambik dalam 10 hingga 15 helai daun pudina kemudian tumbuk halus then campur dengan telur kuning and kacau. Lepas tu tempek pada muka and biarkan 10 hingga 15 minit. Bilas guna air suam dan seelok-eloknya buat 2 minggu sekali yer.
  • Untuk menegangkan kulit muka plak bley try ayor beras. Ayor beras yang first sekali dibasuh tuh jangan di buang. Ambik dan mendapkan, gunakan air tersebut untuk bersihkan muka sambil selawat 3 kali. Biarkan kering then baru basuh dengan air bersih. Buat setiap hari pagi dan petang. Hasilnya insyaallah dalam 2 atau 3 minggu akan nampak.
  • Melicinkan kulit muka boleh dilakukan dengan menggunakan buah tomato. Caranya first sekali basuh muka dengan air suam then gosok muka guna buah tomato. Bior ia kering then bilas muka dengan air suam. Tunggu kering baru bilas taw.
So itu antara serba sedikit petua yang aku bley bagi untuk korang yang nak jadi chantek. Yela nak chantek muka mesti tegang, kulit mesti licin and wajah mesti lembab(betul ke).so korang bley try koz ramai yang dah try. OK sampai disini sahajalah coretanku. so kalo ada yang nak kongsi petua kat sini tak kira la petua nak kurus ke gemuk ke hitam ke putih ke ape ke bley ar kongsi bersama ek. Ilmu ni tak baik simpan lama2 nanti lupa plak

Arrrghhhhhhhh..............



salam hormat, salam bahagia, salam dunia....
setiap hari kehidupan kita nie memang tak lari dari masalah...
same la ngan aku walaupun masalah aku ni tak berat sangat.
Hari ni aku bangun lewat lagi....asyik bangun lewat jek and maknanya ini kali ke beratus aku subuh gajah. nasib baik ar subuh gajah kalo subuh rimau entah camne la plak..selalunya selepas bangun tidur aku akan rasa kesegaran yang amat sangat tapi berlainan bebenor dengan aku pagi tadi. aku dapat merasakan kelainan yang amat sangat pabila aku bangun pagi tadi. kelainan yang tidak pernah aku alami sebelum ini. Detik aku bangun pagi tadi ialah pada pukul 7.55 pagi. Itu pun nasib baik ada member gerak. Kelas aku start plak pukul 8.15 pagi ini bermakna aku hanya ada kurang lebih 20 minit untuk bersiap. So tanpa berlengah aku pun menyiapkan diri aku. So dalam aku tengah2 nak bangun tuh aku rasa some thing tak kena ngan aku punya dada bahagian kiri. terasa macam sengal2 yang amat sangat di bahagian tersebut. dekat tengkuk aku pula ada bekas gigitan nyamuk yang amat dasyat dimana bengkak tersebut bukan seperti di gigit nyamuk tapi macam digigit oleh manusia.. (entah sape la buat lovebite kat aku nie)
so pagi tadi memang satu badan aku sengal2 ubi. cam malas jek nak pergi kelas tapi terkenangkan ibu bapaku di kampung jadi berbekalkan semangat itu aku pun bangun la dari tido and terus la mandi wajib. lepas mandi aku subuh gajah. Aku tengok jam baru pukul 8.05 so maknenyer sempat lagi la nie nak gi kelas. So aku bersiap dan jam menunjukkan 8.10. On the way nak keluar dari rumah secara tiba-tiba perut ku menyanyi lagu dangdut menandakan perlaburan penting perlu dibuat so nak tak nak aku kena la pergi melabur. Memang tak best rasanyer bayangkan la aku dah siap2 tibe2 nak ter berrrrr aa kk plak. SO aku pun melepas la hajat aku. Lepas hajat aku terus bersiap dan bergerak ke POLI. Sampai2 jek tengok kat white board lecturer aku tulis "KUIZ 3 dan KUIZ 4"
Aduyai pening aku...tapi seb bek ar kuiz di kansel selepas ramai budak2 pakat2 tengok buku secara senyap2.
Hahahaha
Kira lecturer dah tensen ar uh

So ape motif aku cerita semua ni?
Takde motif pun juz nukilan agar ia menjadi kenangan pada diri ku.HHUHUHU

Kuasa Minda Tahap Gaban

Pernah dengor kuasa minda tak? Mesti ramai yang pernah dengar pasal kuasa minda ni tapi setakat mana yang anda tahu pasal kuasa minda ni. Bile sebut pasal kuasa minda ni kita mesti ingat pasal psikik, angkat barang guna minda, genius yang melampau dan sebagainya.

Secara Teorinya kuasa minda nie merupakan pengarahan kepada minda separa sedar kita. Kalau kita dapat mengawal minda separa sedar kita maka kita akan jadi seorang manusia yang luar biasa. So ada beberapa perkara yang aku ingin dan teman rasa kome pun ingin iaitu
  • Kome tak ingin ke menjadi seorang jutawan?,
  • kome tak ingin ke menutup lampu guna minda aje?,
  • atau pun kome taknak ke mencapai kekusyukan dalam solat for the muslim la,
  • and yang paling aku nak jadi ialah aku nak keluarkan aura kamehameha macam dalam dragon ball tuh.
Korang taknak ke? So kalo nak memang tak lari la dari membangkitkan kuasa minda tahap gaban kita.
So bila nak ceritera serba sedikit kuasa-kuasa yang kita inginkan tuh memang tak lari dari ceritera tentang otak. so dalam post nie aku nak ceritera serba sedikit tentang otak kita nie.
Otak kita ni adalah merupakan satu sistem komputer yang agak rumit dan secara umumnya dikawal melalui dua bahagian. Kedua- dua bahagian ni kalo hangpa nak taw mempunyai kemahiran dan cara penggunaan yang berbeza.

Dua bahagian tersebut adalah Otak kanan dan Otak Kiri

Saintifiknya otak kanan ni dapat memproses maklumat dengan cepat dan melewati ruang dimensi fizikal serta dapat membuat tanggapan dengan cepat.
Otak kiri pula memproses data dengan cara yang berbeza tetapi dalam bentuk lisan yang lebih kompleks serta membentuk analisa
Setiap bahagian ini terdapat fungsi serta kelebihan yang tersendiri yang unik jika kita dapat memanipulasikan kelebihan tersebut dengan baik.
So dalam post di kemudian hari aku akan ceritera serba sedikit tentang cara mengaktifkan kuasa minda tahap gaban menggunakan otak kiri dan otak kanan nie.(dah malas nak menaip sebenornya)
kapan bertemu lagi ya

Tuesday, November 11, 2008

Kuasa Putaran Medan Magnetik

Pernah dengar kuasa putaran medan magnetik tak? Mesti ramai yang tak pernah dengar kan. Sesapa yang pernah dengar pasal kuasa ni mesti sebab mempunyai minat yang sama dengan aku kan.hahah

Kuasa putaran Medan Magnetik ni sebenarnya aku petik dari majalah yang aku minat sangat nak baca...PEndekar Laut. Memang best komik ni. Bestsiot.

Nak di ceritakan memang panjang tapi secara ringkas nyer watak2 dalam komik pendekar laut ni semuanya mempunyai kuasa. Kuasa putaran medan magnetik ia dipanggil. ia diukur berdasarkan kuasa kuda(HP) maksudnya semakin kuat HPnya maka makin kuat lah beliau.

Watak yang paling kuat ialah Pendekar Laut sebab dia pernah keluarkan kuasa sehingga 1 000 000 HP.
Kuasa putaran medan magnetik ini boleh digunakan untuk merawat bahagian2 yang luka atau parah. Hikmat untuk rawatan ini di namakan Kuasa Penyatu Paduan SEl2.

Memang syok gila komik nie.
Sampai sekarang aku ikut komik nie tapi sekarang dah lain ar. Pendekar laut tu dah lama tamat dah sekarang wira tunggal infiniti. Konsep semua same cuma nama kuasa putaran medan magnetik dah di tukar jadi kuasa petala langit
hui memang best komik2 nie. Dari kecik lagi aku minat kat komik2 camnie antaranya dewata raya, wira naga sakti, jaguh sakti, king of fighter, juara wira dan sebagainya.
Memang seronok komik2 nie. Yerla bayangkan kita ada kuasa cam tuh. Memang dalam fantasi jek nak ada kuasa camtuh. Aku ingat memang mustahil nak ada kuasa cam tu. Yela nak keluarkan aura la, pulihkan cederala, apa la tapi rupa - rupanya memang tak mustahil nak ada kuasa macam ape yang tengok dalam komik tuh.. Bagi aku tak mustahil tapi ape pendapat korang???.....nothing is imposible kecuali mission imposible
hehehe

Monday, November 10, 2008

Resdung

so first artikel aku nak post ialah pasal resdung. Apa itu resdung sebenarnya. Kalo nak kira dari fahaman aku resdung ni sejenis penyakit yang melibatkan gatal -gatal. Seseorang yang mengalami resdung selalunya akan selalu bersin--bersin di waktu pagi, jerawat di muka yang lain macam rupanya, gatal-gatal di muka, hidung dan telinga. Dulu waktu aku pergi rawatan resdung dulu pakcik uh cakap resdung ni datang dari hama yang ada kat bantal kita uh. Hama ni kira cam mikroorganisma la gak. so bantal yang banyak habuk pun bley dikatakan penyebab resdung. Kata Pakcik uh la

Tapi kalo ikut dari segi bidang perubatan resdung ni dipanggil sinusitis. Resdung ni kalau tak bawak berubat padah jawab nya umpama suami kita ada HIV tapi kita buat hubungan kelamin dengan beliau tanpa menggunakan kongdom walhal risiko nak kena HIV tuh ada gak. So sama la ngan resdung nie. Kadang - kadang orang selalu tak perasan yang beliau mempunyai resdung peringkat dewa. Itu yang menjadi permasalahannya sekarang dimana from day to day the resdung akan menjadi semakin teruk. So nak tau ada resdung ke tak senang jek. Kita bley tengok gejala -gejala yang ada pada diri kita contohnya :
1. gatal mata
2. gatal telinga
3. gatal muka
4. gatal hidung
5. selesema yg berterusan
6. bersin7. jerawat yg melampau
8. sakit tekak yg berpanjangan
9. lendir di hidung dan tekak

So kalau dah rasa-rasa diri uh ada resdung cepat-cepat la berubat kerna banyak konpilasi akibat resdung nie. Korang nak ke kena:
  1. selsema tahap unta,
  2. bunyi dengkur yang amat dasyat,
  3. Lelah tahap cipan untut,
  4. sakit tekak yang gila kronik,
  5. jangkitan otak peringkat dewa,
  6. jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata,
  7. jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak
  8. alahan hidung atau hidung sensitif.
  9. Jerawat tahap katak puru
So adakah anda ingin perkara tersebut mengalami pada diri anda?
so pikir-pikir kanlah

Kasih Ilmu

Sape saya?...mesti seorang pun yang tidak mengenali diriku ini. Tapi tidak apa kerana tujuanku hanya satu, menyampaikan apa yang patut di sampaikan dan memberi apa yang patut diberikan. Semoga semua makhluk yang melayari Blog ku ini dapat seribu satu manfaat daripadanya
wassalam