Wednesday, November 12, 2008

Nak Chantek? Sonang ajo jang


Nak chantek? semua orang nak chantek tak kira la laki ke perempuan ke mesti semua nak chantek. So dah jadi sifat manusia kita semua nak chantek tapi chantek yang bagaimana kan.
Baru-baru ni aku ada terrrrbaca satu majalah pompuan iaitu dot dot dot. So dalam majalah tuh ada cerita serba sedikit tentang petua camne nak jadi chantek dan berseri- seri.
Salah satu petuanya adalah mandi bunga. Kalo sebut mandi bunga ni sesetengah orang mesti seriau. Ye la bagi sesetengah orang mandi bunga ni syirik. Kalo nak syirik makan panadol pun syirik kalo kita fikir panadol yang sembuhkan kita walhal ALLAH yang sembuh kan kita.

Sebenarnya telah dibuktikan secara saintifik bagaimana mandi bunga itu dapat menchantekkan seseorang seterusnya meningkatkan lagi seri pada diri seseorang itu. Ianya berkait rapat dengan aura kita. Mandi bunga ni boleh dikira sebagai terapi warna gak ar. So dalam post taun depan aku akan ceritera serba sedikit tentang mandi bunga nie. Hehehehe

Mandi bunga ni cam susah sket so ada cara lain lagi kalo hangpa nak chantek so kat sini ada beberapa tips yang aku nak kongsi serba sedikit :
  • Untuk melembapkan wajah kita boleh guna daun pudina, ambik dalam 10 hingga 15 helai daun pudina kemudian tumbuk halus then campur dengan telur kuning and kacau. Lepas tu tempek pada muka and biarkan 10 hingga 15 minit. Bilas guna air suam dan seelok-eloknya buat 2 minggu sekali yer.
  • Untuk menegangkan kulit muka plak bley try ayor beras. Ayor beras yang first sekali dibasuh tuh jangan di buang. Ambik dan mendapkan, gunakan air tersebut untuk bersihkan muka sambil selawat 3 kali. Biarkan kering then baru basuh dengan air bersih. Buat setiap hari pagi dan petang. Hasilnya insyaallah dalam 2 atau 3 minggu akan nampak.
  • Melicinkan kulit muka boleh dilakukan dengan menggunakan buah tomato. Caranya first sekali basuh muka dengan air suam then gosok muka guna buah tomato. Bior ia kering then bilas muka dengan air suam. Tunggu kering baru bilas taw.
So itu antara serba sedikit petua yang aku bley bagi untuk korang yang nak jadi chantek. Yela nak chantek muka mesti tegang, kulit mesti licin and wajah mesti lembab(betul ke).so korang bley try koz ramai yang dah try. OK sampai disini sahajalah coretanku. so kalo ada yang nak kongsi petua kat sini tak kira la petua nak kurus ke gemuk ke hitam ke putih ke ape ke bley ar kongsi bersama ek. Ilmu ni tak baik simpan lama2 nanti lupa plak

0 comments: